Kerjaya Pija Yasin

Pada tahun 2005, Pija menjadi salah seorang peserta Mentor musim pertama di TV3, menjadi anak didik Zainal Abidin.[2] Beliau dinobatkan sebagai juara sulung rancangan itu.[3][4] Selepas tamat Mentor, Pija melancarkan EP sulungnya bertajuk Luka di bawah label Sony Music Malaysia. EP ini mengandungi 3 lagu, termasuk lagu bertajuk sama yang dikeluarkan sebagai single. Pada tahun 2008, beliau dan kakaknya, Naufara muncul dengan album duet bertajuk Posh.[5][6]